INTERAKSI SATU HALA

 Interaksi sehala banyak menggunakan peranan guru sebagai pusat atau ketua.Ia juga dikenali sebagai pembelajaran berpusatkan guru. Hanya guru yang memainkan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran ini.Ciri ciri interaksi sehala;-


  1. Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas
  2. Tiada interaksi yang berlaku antara pelajar dengan pelajar.
  3. Pelajar tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif. 


Pendekatan dan Strategi Pengajaran

  • Pengajaran berpusatkan guru
  • Memberi arahan
  • Kaedah ekspositori
  • Demonstrasi/tunjuk cara
  • Aktiviti bercerita 
Kelemahan pembelajaran satu hala.

  • Guru mempunyai kuasa autokratik dalam hal ini kerana guru hanya memberi arahan dan murid hanya menerima segala yang diajar oleh mereka.
  • Aktiviti pembelajaran semakin pasif kerana murid-murid tidak diberi peluang dalam memberikan pendapat dan idea mereka.
  • Pola interaksi ini adalah guru sentiasa memberi arahan dan pelajar tersebut akan mengikutnya.
  • Pemikiran mereka tidak berkembang dan tidak aktif kerana segala ilmu atau pengetahuan hanya diberikan oleh guru

Comments

Popular posts from this blog

INTERAKSI DUA HALA ANTARA GURU DENGAN MURID